《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Misteri Segitiga Bermuda Yang Tak Pernah Terjawab Dan Terungkai. Ini Jawapan Lengkap Persoalan Anda Menurut Kitab Al-Quran!!!

loading...
Kalau kita ada kawan, atau cikgu yang bukan Islam, tunjuklah bukti kebenaran Islam ini pada dia, sekurang-kurangnya di Akhirat nanti kita sudah terlepas tanggungjawab berdakwah kepadanya. :)



Misteri Segitiga Bermuda Yang Tak Pernah Terjawab Dan Terungkai. Ini Jawapan Lengkap Persoalan Anda Menurut Kitab Al-Quran!!!


Segitiga Bermuda akan menjadi topik perbincangan dalam artikel ini. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda apabila seseorang berada pada suatu tempat terbuka atau di tengah teriknya sinar matahari, kemudian bayangan yang sedang meneduhinya bergerak, sehingga setengah bahagian dari dirinya terletak pada tempat yang panas dan setengahnya lagi dari dirinya terletak pada tempat yang sejuk, maka segeralah pergi untuk meninggalkan tempat tersebut. Larangan tersebut telah dikatakan, kerana tempat seperti itu adalah tempat yang sangat digemari oleh syaitan.


Namun, apa kaitan hal tersebut dengan persoalan segitiga bermuda? Penjelasan mengenai Segitiga bermuda menurut Al Quran mungkin boleh dijumpai dalam QS. Ar-Rahman: 20-21. Ayat tersebut menjelaskan adanya dua aliran laut yang bertemu, dan di antara keduanya terdapat batas yang tidak boleh dilampaui. Segitiga bermuda berada di lautan Atlantik, tepatnya di tengah-tengah antara benua Amerika pada bahagian paling utara dan benua Afrika, di mana lokasi tersebut merupakan pertemuan antara dua arus air yang sangat bertentangan, iaitu arus sejuk yang berasal dari Amerika Utara dan arus panas yang berpunca dari Afrika.


Dengan ayat tersebut, maka terkuaklah misteri mengenai segitiga bermuda. Perihal aneh yang sering terjadi di tempat tersebut tentunya disebabkan pertemuan antara kedua-dua arus yang berlawanan tersebut. Sedangkan menurut seorang ulama besar bernama Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-Arsy, segitiga bermuda adalah kawasan paling hujung dari dunia ini. Di lokasi tersebut terdapat sebuah telaga, bilamana airnya diminum oleh siapa saja, maka akan menjadi panjang umur. Di tempat itu juga Nabiyullah Khidir AS menjabat sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.






Syaikh Imam juga berkata jika kelak terjadi perang akhir zaman, maka sang penyelamat dunia, iaitu Imam Mahdi akan muncul dari tempat tersebut melalui alam gaibnya dengan mengenakan sebuah jubah suci yang berwarna kebiruan. Lantas, apa kaitannya dengan berbagai macam kapal dan pesawat yang hilang di tempat tersebut? Berdasarkan kenyataan dari Syaikh Imam, para syaitan dan iblis yang tidak dapat mendekati pusat kawasan agung itu, yakni segitiga bermuda, maka mereka pun berjaga mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan menghalang sesiapa sahaja agar tidak dapat memasuki titik inti dari kawasan segi tiga bermuda, supaya manusia tersebut tidak boleh mengetahui kebenaran alam yang sesungguhnya.


Segitiga Bermuda menurut Al Quran memang tidak terperinci secara jelas. Namun ramai yang mempercayai bahawa tempat yang dijelaskan dalam Surah Ar-Rahman ayat 20-21 memang merujuk kepada tempat tersebut. Telah banyak orang zaman dahulu yang telah cuba ke pusat dari segi tiga bermuda, namun kebanyakan daripada mereka yang menghilang dan tidak kembali ke dunianya. Dalam sebuah artikel kuno yang ditemui, di dalamnya menceritakan bahawa Raja Iskandar Agung pernah mencuba untuk masuk ke kawasan agung tersebut.




Setelah kembali, beliau mengatakan bahawa tempat tersebut berpasir batu berlian dan permata. Tempat itu juga dipenuhi dengan kabus yang sangat tebal. Tempat agung tersebut sangat indah jika dipandang, namun sangat berbahaya jika didatangi. Ada juga yang berpendapat bahawa segitiga bermuda ada kaitannya dengan kemunculan Dajjal. Mengenai Dajjal sendiri, dalam pelbagai hadis, Rasulullah telah banyak mengingatkan umatnya agar sentiasa berhati-hati terhadap kemunculan Dajjal. Dalam Hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah, Rasulullah bersabda, bahawa sebenarnya tidak ada fitnah di bumi ini yang dahsyatnya melebihi Dajjal.


Dan Allah tidak akan mengutus seorang nabi atau rasul, melainkan ia hanya memberi amaran kepada umatnya akan kemunculan Dajjal. Aku nabi terakhir, dan kamu adalah umat yang terakhir pula, dan Dajjal pasti akan keluar diantara tengah-tengah kalian. Jika ia keluar dan aku masih berada di antara kalian, maka akan aku kalahkan dirinya dengan hujjah dan kemampuan yang kumiliki. Tetapi, jika ia muncul setelah aku tiada, maka setiap insan akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya.


Di manakah Dajjal pertama kali akan muncul, pada bila-bila dia akan muncul, di mana tempat tinggalnya, bagaimana bentuk rupanya, sehebat apa kemampuannya, berapa usianya? Itulah berbagai macam soalan yang sering ditanyakan oleh banyak orang mengenai sosok Dajjal. Yang jelas, sebagaimana sabda Rasulullah, kita harus berhati-hati ketika Dajjal sudah menampakkan dirinya. Kerana ia adalah musuh yang nyata bagi kita. Demikianlah pembahasan mengenai Segitiga Bermuda menurut Al Quran. Semoga bermanfaat.


sumber:nasihat ustad
loading...