《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Hina Lelaki yang dikenal dalam Facebook Lemah Tenaga Batin Gadis itu Dibunuh, Mayat Disumbat dalam Beg Plastik

loading...

Jakarta � Gara-gara berang selepas dihina lemah tenaga batin, seorang lelaki bertindak membunuh seorang wanita sebelum mencampak mayat mangsa yang disumbat di dalam tong.

Mayat Farah Nikmah Ridhallah, 23, ditemui sudah busuk di dalam sebuah tong plastik berhampiran plaza tol Pantai Indah Kapuk di Jakarta Utara pada Selasa lalu.

Tidak sampai 24 jam mayat itu ditemui, polis menahan seorang ahli perniagaan, Calvin Soepargo, 42, yang disyaki menjadi individu terakhir yang ditemui mangsa.

Jurucakap polis, Awi Setiyono berkata, ketika disoal siasat Calvin mengaku membunuh Farah selepas dihina kerana lemah tenaga batin.





Katanya, Calvin memberitahu dia bertemu dengan Farah di sebuah apartmen di sini pada malam Jumaat lalu dan membuat hubungan seks.

Pada keesokan harinya dia mengajak Farah sekali lagi membuat hubungan seks, tetapi ditolak wanita itu sambil berkata, �Kamu keluarnya cepat, mengapa mahu teruskan lagi.�

�Kata-kata Farah itu menyebabkan Calvin marah dan dia terus memukul mangsa sebelum mencekik wanita itu hingga mati.

�Kerana panik, Calvin mengambil satu tong plastik dan menyumbat mayat mangsa di dalamnya sebelum dibuang,� jelasnya.

Menurutnya, Calvin kini ditahan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.
loading...