Filled Under:

Bila orang asyik tanya bila nak kahwin mesti terdetik juga rasa sedih dalam hati kan? Jom baca nasihat berguna dari lelaki ini, 'just go with the flow'. Takdir Allah adalah rahsia yang paling indah, dan perancangan Allah adalah hadiah yang paling sempurna.


Kami pernah ditaqdimkan melalui jalan Baitul Muslim di hadapan Dr Yusnan dulu. Pian dan Izzatie yang aturkan. Budak-budak jemaah tahu lah apa benda taqdim, baitul muslim semua ni. Siap kena isi and sain borang lagi tau! Hu.

Tapi, bak kata Zamani; “ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang”.

Habis belajar, saya pun dah mula bekerja, saya rasa waktu tu kami dah makin tak sehaluan.

Setelah 5 tahun, lepas buat istikharah kami bertunang dan menikah
Pendek cerita, akhirnya, saya cadangkan kepada dia untuk kami berhenti setakat itu. Saya kata kat dia: “kita tak berjodoh” , “nti akan dapat yang lebih baik insyaAllah” , “percaya pada taqdir Allah” dan macam-macam lagi. ?

Bermula dari saat itu, kami berpisah. Saya dengan kehidupan saya. Dia dengan kehidupan dia.

Kami tidak berhubung. Kami tidak bersapa. Dan kami langsung tidak berjumpa atau terjumpa antara satu sama lain. Langsung!

Ada la juga sesekali terdengar dari jauh tentang keadaan dia yang agak teruk – sakit, pelajaran terjejas dan beberapa yang lain. Hmm.. ?

Sehingga lah 5 tahun selepas tu, sekitar hujung bulan Februari tahun ni, cerita kami bermula kembali.

Ayah, Mama, Ayong dan lain-lain kembali menyebut nama Fazilah Hussein. Hem.

Dipendekkan lagi ceritanya, lepas buat istikharah, istisyarah dan sebagainya, saya bulatkan hati, demi agama dan demi sunnah Rasulullah saw, saya minta mereka arrangekan apa yang patut.

19 Mac 2016, kami bertunang. And, 4 bulan lepas tu, atau secara tepatnya pada 8 Julai 2016, kami nikah and kahwin.

Kalau nak cerita versi yang panjang dan menyeluruh, memang sangat banyak drama dan tak cukup ruang dalam fb ni.

Saya pun pernah hilang percaya pada cinta dan perempuan. Cehh. Dia pun pernah lalu fasa macam tu juga rasanya.

Takdir Allah adalah rahsia paling indah, paling sempurna
Tapi, tu lah. Taqdir Allah adalah rahsia yang paling indah, dan perancangan Allah adalah hadiah yang paling sempurna. Kan? ?

Satu perkara yang saya selalu pegang dan akan terus pegang:

JUST GO WITH THE FLOW.

Allah takkan bagi benda buruk kepada hambaNya yang beriman. Bahkan, yang buruk pada mata kita sebenarnya adalah yang paling baik di mata Allah, PERCAYALAH.

Orang akan tanya, kenapa saya tulis panjang-panjang macam ni kat fb? Bukan best pun cerita saya nak kongsi-kongsi kat orang.

Jawapan saya, saya tulis panjang-panjang ni hari ni, bukan untuk orang lain, tapi sebenarnya untuk DIRI SAYA SENDIRI.

Orang kata, dalam kehidupan berumahtangga ni ada banyak episod yang kita kena tempuh. Ada pasang dan ada surutnya.

So, saya nak cerita ni terus abadi kat timeline fb saya ni, supaya, bila ada episod-episod baru yang muncul esok, lusa atau 10, 20 tahun akan datang, saya akan sentiasa ingat dan diingatkan tentang episod 1 kisah cinta saya yang tercoret dalam tulisan panjang ni.

Dan, satu lagi, kalau korang baca balik kat atas, saya yang banyak buat tak tentu hala sebelum ni sehingga perkahwinan kami tergendala ke usia 30. Hu.

Kepada kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh, just go with the flow
So, saya nak sentiasa ingat dan diingatkan supaya saya tidak lagi beri kesakitan dan keperitan yang pernah saya bagi dulu kat dia, saya, Mama, Ayah, Wan dan seluruh ahli keluarga saya.

Sekarang ni, tentang anak, harta, kerjaya bahkan tentang kehidupan yang mendatang, saya masih lagi berpegang pada premis yang sama;

JUST GO WITH FLOW. InsyaAllah, everything will be fine and perfect.

Terkahir, untuk kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh,

seriously, don’t worry. Just go with the flow. Keep a strong faith in HIM and HE will certainly give the BEST for you, insyaAllah.

Tolong doakan kami juga ye.

sumber: Faridzul Nasaruddin